Your Ad Here


   






Photobucket - Video and Image Hosting




Yahoo Messenger!
             Abdul Perto

          id: ke_perto

___________________________________



Anda pelawat yang ke

Counters




rss feed



Wednesday, October 20, 2010
Segalanya tentang cendawan


HARI ini saya ingin bercerita tentang cendawan. Melalui pengamatan saya cendawan yang merupakan salah satu hasil asas tani kini sungguh besar potensinya dalam industri makanan dan kesihatan.

Kebiasaannya masyarakat kita menikmati cendawan dengan dibuat sup atau digoreng sebagai sayur atau kudap-kudapan. Selain itu cendawan juga turut digunakan dalam kebanyakan masakan Barat seperti ditaburkan di atas piza atau dijadikan sos cendawan.

Bayangkan jika anda menikmati sup yang kaya dengan rasa cendawan ditambah pula jika ia dicicah dengan roti Perancis bakar. Memang menyelerakan!










Cendawan juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: "Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata."

Banyak kajian juga telah dilakukan ke atas khasiat cendawan. Menurut Eva Guillamón et al 2010 yang dipetik daripada Journal Fitoterapia, cendawan dapat merawat kanser, merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah serta meningkatkan sistem ketahanan badan.

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat beratus-ratus jenis cendawan di seluruh dunia. Tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang selamat untuk dimakan. Antara jenis cendawan yang biasa dinikmati adalah cendawan tiram, butang, shitake, dan cendawan straw.

Beberapa tip yang perlu anda ketahui tentang cendawan. Pilihlah cendawan segar yang masih keras dan tidak berlendir. Selain itu cendawan yang segar tidak berwarna kusam dan ia masih berwarna cerah.

Cendawan seperti kentang dan epal, mudah mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Oleh itu, apabila cendawan telah dihiris, jangan didedahkan terlalu lama pada udara kerana akan menjadi lembik, menukar warna kepada keperangan dan hilang perisa aslinya.

Selain boleh didapati secara segar, anda juga boleh membeli cendawan yang kering atau yang telah siap ditinkan. Cuba-cubalah resipi minggu ini untuk anda menikmati kelazatan cendawan yang sebenar dalam masakan.

Posted at 04:19 pm by keperto
Make a comment  

Monday, November 09, 2009
Projek Cendawan Johan Kebangsaan

SHAH ALAM 1 Nov. - Semua 2,090 koperasi sekolah di seluruh negara dicadang menjual pakaian dan kelengkapan pelajar bermula tahun depan. Langkah itu yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) bertujuan mempelbagai aktiviti dan jualan koperasi sekolah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa koperasi sekolah di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka telah mula menjual beg dan kasut.

"Saya yakin penjualan pakaian dan kelengkapan sekolah ini akan mendapat sambutan dan kita akan membantu mendapatkan bekalan dengan harga borong yang sama dengan harga di kedai pakaian borong di luar," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Hari Koperasi Sekolah (HKS) dan Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) 2009 di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Angkasa, Prof. Dr. Ali Baharom, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, Jame Alip.

Dalam pada itu menurut Ismail Sabri, pihaknya akan meminta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menambah peruntukan daripada RM1,000 kepada RM2,000 kepada setiap koperasi sekolah yang menyertai aktiviti HKS dan PKS tahun depan.

Beliau berkata, pada tahun ini, hampir 1,500 koperasi sekolah telah menyertai aktiviti HKS dan PKS malah kerajaan melalui SKM telah meluluskan permohonan bantuan berjumlah hampir RM2 juta kepada 108 koperasi sekolah tahun lalu.

"Jadi dengan tambahan sumbangan yang diberikan daripada RM1,000 kepada RM2,000 untuk aktiviti HKS dan PKS, saya harap ia akan menambah lagi hasil dan pencapaian koperasi sekolah," tambahnya.

Sementara itu, pada majlis sama Koperasi Sekolah Menengah Mak Lagam Berhad, Terengganu yang mengusahakan tanaman cendawan tiram diumumkan pemenang Anugerah Projek Terbaik dan memenangi pakej lawatan ke luar negara bernilai RM15,000 tajaan Bank Rakyat.

Posted at 03:54 pm by keperto
Make a comment  

Cendawan tiram kelabu mampu jana pendapatan lumayan

SRI AMAN 30 Okt. - Penduduk di bahagian Sri Aman digalakkan untuk menyertai industri penanaman cendawan tiram kelabu memandangkan ia dilihat mampu menjana pendapatan lumayan dalam tempoh yang cepat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnical Rayong Ngipa berkata, tanaman tersebut boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh antara enam hari hingga dua bulan berbanding tanaman komersial yang lain.

Sehubungan itu, menurutnya, penduduk tempatan perlu melihatnya sebagai satu peluang meningkatkan ekonomi dengan menubuhkan Industri Penanaman Cendawan Tiram Kelabu di kawasan masing-masing selepas ini.

''Berdasarkan harga pasaran sekarang iaitu RM18 hingga RM19 sekilogram, penggunaan lima ribu bongkah bagi tujuan penanaman cendawan tiram kelabu dilihat mampu menjana pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.

''Saya percaya taraf hidup penduduk tempatan dapat dipertingkatkan selepas ini sekiranya setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari setiap kampung masing-masing dapat bersatu melaksanakan industri terbabit,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) N.28 Engkilili di Dewan Serbaguna Skim Skrang, Engkilili dekat sini hari ini.

Rayong berkata, penduduk tempatan atau JKKK di kawasan masing-masing boleh memulakan industri tersebut dengan melakukan pelaburan antara RM20,000 hingga RM30,0000

Katanya, beliau akan cuba menguruskan perkara itu dengan syarikat Eastern Agrotech sekiranya penduduk tempatan berminat untuk memulakan tanaman cendawan tiram kelabu di kawasan masing-masing kelak.

''Penanaman cendawan Tiram Kelabu boleh dilakukan menerusi bongkah yang diisi dengan tanah, baja dan benih cendawan itu sendiri," ujarnya.

Posted at 03:53 pm by keperto
Make a comment  

Saturday, April 04, 2009
Bekas jurutera jadi tauke cendawan

Bekas jurutera jadi tauke cendawan


mohd. Asmawi Mohamed Noor (kanan) tersenyum di samping Azuddin Zakaria menandakan projek tanaman cendawan mereka membuahkan hasil.


KENIKMATAN yang diperoleh hasil berbudi dengan tanah sukar diluah dengan kata-kata. Apatah lagi seronok melihat hasil yang membanggakan dan mampu pula menggantikan pergantungan makan gaji selama 10 tahun.

Bagaimana pun kerjaya sebagai jurutera projek menyebabkan Mohd Asmawi Mohamed Noor, 33, sukar membuat keputusan sama ada meletakkan jawatan atau membabitkan diri sepenuhnya sebagai penanam cendawan di kampung halamannya, di Padang Salim, Peringat, Kota Bharu Kelantan.

''Seperti cinta yang baru berputik apabila aktiviti suka-suka membina dua rumah cendawan di kampung mula mengeluarkan hasil dan berpotensi untuk dimajukan, rasa cinta itu mula bercambah tetapi saya keliru membuat keputusan.

''Bagaimanapun lepas setahun, saya nekad terjun dalam bidang pertanian apabila tanaman cendawan di dua buah bangsal menunjukkan potensi memberangsangkan dan memberi pulangan berbaloi," ujar lulusan kejuruteraan di Institut Jerman-Malaysia (GMI), Kuala Lumpur ini.

Bersama adik iparnya Azuddin Zakaria, 33 , kini Asmawi bergelar usahawan apabila berjaya mengeluar dan memasarkan cendawan sebanyak 130 hingga 150 kilogram sehari.

Di samping itu, Asmawi turut menerokai bidang baru sebagai pembekal anak benih cendawan yang telah siap diisi dalam polibeg dengan harga RM1.20.

Sejak akhir tahun lalu pula, dia bekerjasama dengan Jabatan Pertanian negeri menganjurkan kursus penanaman cendawan kepada mana-mana pihak yang berminat selama tiga hari dengan yuran RM150 seorang.

''Dalam kursus tersebut, kami berkongsi pengalaman kepada pihak yang berminat menyertai bidang penanaman cendawan, mendedahkan teknik serta proses tanaman, membekalkan anak benih, membina rumah cendawan serta khidmat kewangan," katanya.

Akuinya, walaupun di peringkat awal, dia dan rakan kongsi kosong dengan ilmu dan kemahiran mengendalikan projek tanaman cendawan tetapi minat dan kesungguhan untuk menjayakannya terbit secara semulajadi.

''Azuddin yang menjadi rakan kongsi, saya galakkan menyertai kursus berkaitan manakala saya pula lebih dalam bidang pemasaran walaupun awalnya setiap minggu berulang alik dari tempat kerja di Shah Alam, Selangor ke kampung sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2006," ujarnya.

Mendapat sokongan daripada Agro Bank dengan memberi modal pinjaman sebanyak RM250,000 sejak dua tahun lepas.

''Di bawah syarikat Nutri Agrotech Enterprise, buat masa ini terdapat enam rumah cendawan yang tapak asal merupakan tanah terbiar di kampung," katanya.

Bermula dengan dua rumah diperbuat dari bangsal kayu berdinding dan beratap nipah seluas 20 kaki lebar dan di tepi rumah ibunya, bermodal daripada poket sendiri, Mohd. Asmawi mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu dan bercadang menambah jenis black jelly pada masa hadapan.

''Dalam sebuah rumah cendawan seluas 20 kaki lebar dan 40 kaki panjang yang dibina daripada rangka besi dan kanvas mampu memuatkan 15,000 polibeg yang disusun atas rak-rak secara bertingkat," katanya.

Menceritakan pengalaman mengusahakan cendawan, Asmawi berkata banyak perkara baru yang jauh menyimpang daripada kerjayanya selama ini dipelajari namun perbezaan itu menarik perhatiannya.

Lokasi operasi cendawannya kebetulan berhampiran dengan kilang memproses kayu turut memudahkan Mohd. Asmawi memperoleh habuk kayu getah malah telah membantu pihak pengurusan kilang melupuskan bahan buangan tersebut dalam bentuk kitar semula.

''Proses tanaman cendawan memerlukan penggunaan habuk kayu getah yang dicampur dedak padi, kapur dan air yang dimasukkan ke dalam beg media

''Diikuti dengan proses mematikan bakteria selama tujuh jam dengan cara mengukus dan disejukkan selama 12 jam

''Selepas itu setiap beg disuntik dengan benih dalam bilik bersih dan berhawa dingin sebelum mengalami proses pemeraman selama 55 hingga 60 hari dan disusun secara mengiring atas rak di dalam rumah," ujarnya.

Tambah Mohd. Asmawi, proses pemeraman memerlukan pemantauan kerana biji benih mudah dicuri tikus yang gemar memakannya dengan cara mengorek dari hujung beg.

''Selain itu, pengusaha juga berhadapan dengan penyakit kulat hijau atau green mould dan kulat berwarna oren atau neuro spora yang menyerang isi dalam kampit menyebabkan seluruh beg tersebut berubah warna.

''Beg yang dijangkiti mesti diasingkan kerana ia mudah berjangkit dan menyebabkan gagal mengeluarkan hasil," jelasnya.

Selepas dua bulan katanya, putik atau kudup cendawan yang dikenali sebagai mycelia akan memenuhi ruang atas kampit terjuntai keluar, selepas hari ke tiga dan ke empat hasil boleh dipungut.

''Setiap polibeg mengeluarkan 200 hingga 300 gram hasil dan bergantung kepada kesuburan benih yang akan dikutip mengikut permintaan dan keadaan kelopak cendawan itu sendiri.

''Hari ke tiga paling cantik sebelum bahagian tepi kelopak cendawan berombak dan pecah dengan cara mencabut keseluruhan daripada muncung beg. Hari ke empat cendawan pada peringkat maksimum dengan kelopak lebih segar, cantik dan apabila dimakan rangup dan manis," ujarnya.

Menurut Mohd. Asmawi, tanaman yang memerlukan kawalan suhu sinar matahari itu boleh dikutip hasilnya selama tujuh kali berturut-turut sebelum direhatkan selama 15 hari sebelum hujungnya ditutup semula untuk memberi peluang kepada kampit lain mengeluarkan hasil.

Mohd. Asmawi yang mempunyai pembekal tetap menjual secara borong RM5 sekilogram (harga pasaran RM8 hingga RM10 sekilogram) untuk pasaran pasar basah dan pasar tani berhampiran.

''Tahun ini, sebanyak empat rumah lagi akan ditambah untuk memenuhi permintaan yang cukup menggalakkan daripada pembekal dan orang ramai," katanya.

Posted at 11:39 am by keperto
Make a comment  

Sunday, January 04, 2009
Teknologi majukan industri cendawan


PEMBANGUnan industri cendawan memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk terus berkembang.


AKTIVITI penanaman cendawan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pengusaha bidang pertanian.

Namun, disebabkan industri tersebut masih baru di negara ini, ia memerlukan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak untuk memastikannya terus berkembang.

Sebenarnya, industri berkenaan mampu untuk berkembang disebabkan ia menerima permintaan yang sangat menggalakkan dari kalangan pengguna.

Ini kerana tumbuhan dari spesies kulat tersebut bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan, malah ia turut digunakan untuk menghasilkan makanan hiliran lain seperti jus, sambal cendawan dan juga serunding cendawan.

Bagi mencari platform bagaimana aktiviti penanaman cendawan dapat diperkembangkan melalui penggunaan teknologi dan inovasi terkini, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menganjurkan Persidangan Dan Pameran Cendawan Malaysia 2008 (MMCF 2008)

Program yang dikelolakan oleh Pusat Penyelidikan Cendawan (MRC) UM itu telah mendapat kerjasama dari Persatuan Cendawan Malaysia (MAM) dan juga Jabatan Pertanian.

Selain jualan dan pameran cendawan, program tersebut juga telah menunjukkan demonstrasi memasak resipi cendawan, penjagaan kit cendawan segera dan teknik penanaman cendawan kepada para pengunjung.

Menurut Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti Sains UM, Prof. Dr. Rauzah Hashim, melalui persidangan seperti itu, golongan seperti pakar-pakar, penyelidik dan juga pengusaha dapat bertukar-tukar pendapat untuk memajukan sektor tersebut melalui sumber-sumber yang ada.

"Inisiatif seperti ini secara tidak langsung dapat mempromosikan penyelidikan dan pembangunan cendawan melalui aplikasi.

"Ia juga bakal memberi manfaat kepada ekonomi negara dan berpotensi untuk menyumbang kepada jaminan kualiti makanan serta kesihatan masyarakat," katanya selepas merasmikan program tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk membangunkan industri berkenaan, ia bukan sahaja bergantung kepada teknik pelaksanaannya, malah perkongsian kerjasama dengan negara-negara lain juga penting agar ia dapat dilakukan dengan berjaya melalui pelaburan kos yang efektif.

Negara kita perlu mengambil pengalaman dari negara-negara pengeluar cendawan seperti Jepun, China, Amerika Syarikat dan juga New Zealand.

Antara jenis cendawan yang di tanam di Malaysia adalah dari spesies tiram kelabu, tiram putih, jeli hitam dan juga bunga kubis.

Setakat ini, MRC telah menghasilkan beberapa kepakaran sistematik melibatkan industri cendawan dari segi bioteknologi, biodiversiti, kesihatan, pertanian dan alam sekitar.

Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa penganjur persidangan berkenaan, Prof. Dr. Vikineswary berkata, rakyat Malaysia perlu mengamalkan memakan cendawan kerana selain mempunyai khasiat yang tinggi, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

"Makan cendawan secara segar adalah paling digalakkan bagi mendapatkan keseluruhan nutriennya,'' katanya.

Menurut beliau, bagi merangsang pertumbuhan industri berkenaan, kerjasama antara universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) juga penting bagi mewujudkan pelbagai aktiviti dalam kajian mengenai penanaman cendawan.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti seminar, bengkel, pesta dan juga perkhidmatan bantuan kepada pengusaha yang berminat.

Mengambil contoh UM, mereka ada menjalankan usaha sama dengan beberapa universiti dari luar negara seperti New Zealand dan San Francisco dalam bidang-bidang berkaitan.

Selain itu, universiti tersebut juga melatih lebih kurang 50 pelajar siswazah yang berminat untuk mendalami kajian cendawan dalam pelbagai aspek.

"Kajian-kajian yang dijalankan adalah seperti kandungan enzim di dalam cendawan, teknik penanaman selain mencari spesies-spesies baru di dalam hutan untuk penyelidikan yang lebih terperinci,'' jelasnya

Sebenarnya, tidak semua spesies cendawan boleh ditanam di Malaysia kerana proses pertumbuhan dan khasiat cendawan adalah bergantung kepada iklim sesebuah negara.

Justeru, untuk mencari kesesuaian berkenaan, peranan persatuan dan badan penyelidik adalah sangat penting bagi meningkatkan stimulasi pembiakan dan seterusnya mengekalkan khasiatnya.

Di samping itu, agensi-agensi seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian, persatuan-persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus memberi sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

Sehingga penghujung tahun lalu, sebanyak 334 ladang cendawan telah diusahakan di negara ini yang melibatkan tanaman secara komersial dan juga secara persendirian.

Daripada jumlah itu, terdapat enam syarikat yang melaksanakan projek berkenaan dalam skala yang besar iaitu melebihi 500 kilogram (kg) sehari manakala 57 syarikat melakukannya secara sederhana yang melibatkan hasil 50 hingga 500 kg sehari.

Sementara itu, sebanyak 260 pengusaha pula melaksanakannya secara kecil-kecilan dengan hasil yang dikeluarkan kurang daripada 50 kg sehari.

Johor merupakan negeri yang paling banyak mempunyai ladang penanaman cendawan dengan jumlah keseluruhan 67 ladang.

Secara keseluruhannya, negara kita menghasilkan sebanyak 24,000 kg cendawan sehari dan jumlah itu tidak mampu menampung permintaan yang tidak kurang dari 50,000 kg setiap sehari.

Posted at 10:50 am by keperto
Make a comment  

Sunday, October 08, 2006
Pegaga Penawar Berharga

Pegaga Penawar Berharga

PEGAGA atau nama saintifiknya Centella Asiatica kini bukan setakat dijadikan ulam dicecah sambal kelapa atau belacan saja tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa.

Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim bernilai tinggi 'tetripenoids' yang menjadi antara bahan asas kosmetik kecantikan kulit serta ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati beberapa jenis penyakit barah.

Di Amerika syarikat ia diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik menyegarkan badan selain perangsang kepada pemulihan penyakit darah tinggi.

Malah syarikat kosmetik terkenal Christian Dior dilaporkan perlu berbelanja besar mendapatkan pucuk pegaga untuk diproses sebagai krim kecantikan kulit sedangkan tumbuhan ini mudah di dapati di Malaysia dan pada harga jauh lebih murah.

Dengan keistimewaannyan itu, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil yang perlu diberi perhatian serius dan bagi mereka yang tahu mengenainya, sudah ada yang bergelar usahawan berjaya apabila ia dieksport ke luar negara.

Rahsia pucuk pegaga ini banyak disimpan Pegawai Penyelidik, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang, Ropeah Sulaiman yang bertanggungjawab dalam eksperimen menanamnya secara besar-besaran.

Menurutnya, proses menanam secara komersil itu bukan tugas mudah kerana MARDI perlu melakukan beberapa ujikaji makmal yang rumit sebelum diteruskan secara konsisten.

"Dahulu masyarakat Melayu dan juga India hanya melihat pucuk pegaga sebagai ulam biasa atau sekadar diproses untuk dijadikan minuman penyejuk badan tetapi selepas keistimewaannya diketahui, ia kini menjadi rebutan.

"Kajian secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mengandungi enzim tetripenoids yang menjadi rebutan syarikat kosmetik terkenal seperti Christian Dior dan institusi perubatan antarabangsa untuk dijadikan ubat antikanser.

"Kajian lanjut untuk ubat antikanser ini juga dilakukan dalam negara oleh pakar perubatan tempatan dan keadaan ini jelas membuktikan pegaga perlu ditanam secara besar-besaran untuk pelbagai kegunaan," katanya yang baru mengendalikan projek ini beberapa bulan lalu.

Sebenarnya terdapat empat jenis atau spesis pegaga di negara ini iaitu pengaga biasa atau mudah diperolehi di kampung, pegaga salad (versi berdaun lebar berbentuk daun salad), pegaga nyonya dan pegaga hitam.

Setiap jenis mengandungi beberapa keistimewaan tersendiri dari segi fizikal, ketahanan, rasa dan seterusnya harga yang berbeza-beza mengikut jenis selain boleh dituai antara dua hingga tiga bulan selepas ditanam.

Menurut Ropeah, terdapat sekurang-kurang 16 spesis pegaga di seluruh dunia tetapi hanya empat spesis ditemui di Malaysia.

Katanya, ada di antara spesis pegaga ini berasal dari India tetapi beliau yakin terdapat banyak lagi spesis yang belum ditemui tetapi boleh didapati di beberapa negara khususnya yang beriklim tropika.

"Selama ini mungkin masyarakat kita menganggap pucuk pegaga bersaiz kecil sebesar duit syiling 20 sen atau 50 sen tetapi jangan terkejut jika kita menemui spesis berdaun lebar satu hingga 10 kali ganda saiz yang biasa kita temui," katanya.

Tinjauan Metrodua di tapak takungan khas tanaman empat spesis pegaga di Bangunan Biotek Mardi, Serdang menunjukkan tanaman itu kini berpotensi ditanam secara ladang kerana harganya agak mahal dalam pasaran.

Ropeah mengakui harga bagi setiap sekilogram pegaga dari jenis yang ditanam secara sistem DFT (Kultur Air Dalam) yang diairi air berbaja menggunakan teknik saliran air berbaja berpusing (recircle) itu menjangkau RM14.

Katanya, ia menjadi rebutan pembeli dari luar khususnya Singapura dan dalam masa sama terdapat harga serendah antara RM7 hingga RM10 ke atas bagi setiap kilogram.

"Harganya mahal dan bagi tanaman di sini yang menggunakan teknik hidroponik takung DFT pada saiz 4x8 mampu menghasilkan sekurang-kruangnya 12 kilogram pegaga.

"Dengan tiada halangan atau dalam kata lain ia bukan tanaman cerewet, MARDI yakin pengaga ini boleh ditanam secara besar-besaran untuk pelbagai keperluan.

"Kami di sini mengkaji kesesuaian teknik penanaman kerana perlu mendapatkan kepastian kelebihan menanam secara DFT dan menanam di tanah seperti biasa dilakukan di kampung.

"Melalui kajian, penanaman atas tanah terdapat beberapa kelemahan dari serangan penyakit dan musuh tanaman tetapi dengan DFT, ia hampir tiada pesaing.

"Cuma penggunaan DFT agak mahal tetapi dengan perkembangan teknologi pertanian yang agresif di rantau ini, saya yakin ia boleh diatasi dan mungkin selepas ini banyak ladang pegaga boleh didapati di mana-mana saja," katanya.

Beliau mengakui teknik penanaman secara hidroponik takung perlu dibuat dengan teliti khususnya bagi aspek pembajaan.

Katanya, terdapat segelintir pengusaha hidroponik menggunakan baja Nitrat berlebihan untuk menjadikan tanaman sayur termasuk pegaga kelihatan gemuk, hijau dan bebas penyakit.

"Tetapi kandungan Nitrat berlebihan amat berbahaya kerana jika diguna tanpa kawalan, kita mungkin diserang kanser," katanya.

Posted at 12:36 pm by keperto
Make a comment  

Saturday, September 23, 2006
Proses Penanaman Cendawan

Pendahuluan
   Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P)
yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi ,ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan.
    Cendawan hidup dengan  menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian 
tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.




Proses Penanaman Cendawan

 

 

1.PENYEDIAAN BEG CENDAWAN

 

Bahan/Peralatan:


                Habuk Kayu Getah

                Dedak Halus

                Kapur Pertanian

                Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)

                Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)

                Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

 

Cara:

 

1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1

2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.

3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.

4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas

   surat khabar lama dan diikat dengan getah.

 

   bahan_tanaman_cend.jpg (56727 bytes) media_cend1.jpg (71419 bytes) gaul_media_cend.jpg (57784 bytes) siram_media.jpg (63836 bytes) masuk_media_cend.jpg (77677 bytes) memasang leher.jpg (39879 bytes)  

    Peralatan penyediaan beg cendawan 

Media

 Campuran 

Mengaulkan Campuran 

Media

Mencampur-

kan Air

Masukkan 

Ke Dalam Beg

  Memasang

    Penutup








 

VIDEO KLIP PENYEDIAAN BEG CENDAWAN

2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN

 

Bahan/Peralatan:

     Tong Drum,Set Dapur Gas

 

Cara:

1.      Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.

2.      Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.

3.      Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.

4.      Kukus 5-6 jam.

5.      Sejukkan sebelum disuntik benih.

 

kukus_beg_cend.jpg (89987 bytes) pelapik.jpg (90779 bytes) memasukkan air.jpg (84514 bytes) susun_beg.jpg (82475 bytes) mengukus beg.jpg (46147 bytes) keluarkan_beg.jpg (91400 bytes)

Peralatan Mengukus 

Memasukkan Pelapik Ke Dalam Tong 

Isikan Air 

Menyusun Beg 

Kukus

 5-6 jam

          Sejukkan 

 

 

 

3. PENYUNTIKAN BENIH

 

Bahan/Peralatan:

                        Benih Cendawan

                        Pencungkil Benih

 

1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.

2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.

3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan

   tutup kembali mulut beg cendawan.

4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari

   cahaya matahari)

5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).  

 

   alat_suntik_benih.jpg (54668 bytes) basmi_kuman.jpg (19678 bytes) hancur_benih.jpg (57034 bytes) masuk_benih_cend.jpg (70799 bytes) proses_geraman.jpg (54675 bytes)

    

Peralatan Penyuntikan

Benih 

Membasmi Kuman 

Menghancurkan Benih 

Memasukkan Benih Dalam 

Botol 

Membuat Catatan;

Biarkan 30-40 hari 

 

 

5.MEMUNGUT HASIL

 

1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.

2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).

3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan

  kelembapan dan merendahkan suhu.

4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi

   berombak-ombak.

5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.  

 

    

      spot running.jpg (50377 bytes)            buka_tutup_beg.jpg (82594 bytes) pengeluaran hasil.jpg (52787 bytes)

Maisilium Kelihatan Tumbuh;

Menyusun Beg 

Memungut Hasil 











 

 

 

4. PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIATUAI

 

1.Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.

2.Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering an panas.

3.Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk pengeluaran hasil

   yang pertama. Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru

   tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan

   berombak).

4.Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.

5.Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula mulut beg    cendawan.

6.Rehatkan selama 10 hari dan jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya.

7.Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.

8.Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur 

  sekeliling pokok sebagai baja organan.


Posted at 06:01 pm by keperto
Make a comment  

Projek Cendawan - Boleh dijadikan Inpirasi

Tanaman cendawan tiram kelabu jika diusahakan secara bersungguh-sungguh boleh memberi pulangan yang tinggi kepada pengusahanya. Menyedari peluang tersebut, seorang pekebun kecil yang juga pesara angkatan tentera memberanikan diri untuk mengusahakan projek tersebut secara serius di Kampung Jaya Setia, Sg. Siput (U), Perak.

Sebelum memulakan projek secara sepenuh masa, En.Mat Isa Ismail mengusahakan perusahaan cendawan tiram kelabu secara sambilan semasa masih berkhidamat dalam angkatan tentera di Ulu Kinta.Menyedari pulangan yang baik dari perusahaan cendawan, pada tahun 2001 beliau bersama ahli keluarga dengan bermodalkan RM5,000 mengusahakan projek tanaman cendawan tiram kelabu dengan sepenuh masa.

Bagi memantapkan lagi projek yang diceburi, beliau turut mengikuti berbagai kursus termasuklah Teknologi Memproses Cendawan, Amalan Perkilangan Yang Baik, Asas Perakaunan dan Motivasi Diri "Inner Power".

Diatas komitmen yang tinggi dan permintaan yang menggalakkan, RISDA Daerah Kuala Kangsar/Kinta telah meluluskan bantuan bernilai RM20,000 pada 2003 dengan membeli peralatan yang diperlukan serta menambah bilangan bangsal pengeluaran hasil. Pengeluaran hasil cendawan meningkat daripada 120 kg sebulan pada tahun 2002 kepada 200 kg sebulan pada pertengahan 2004 dan dipasarkan di sekitar Kuala Kangsar, Sg.Siput dan ke Bandaraya Ipoh dengan harga RM7.00 sekilogram.

Dengan usaha yang dijalankan itu, En.Mat Isa dan keluarga mendapat tambahan pendapatan daripada hasil jualan cendawan RM400.00.manakala jualan dari tepung goreng cendawan pula mendapat sebanyak RM150.00 sebulan

Bagi meningkatkan keyakinan pelanggan, dan perusahaannya terus berkembang beliau memastikan cendawan yang dibekalkan kepada pelanggan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan membuat penyelidikan untuk meningkatkan kualiti produk.Cendawan, selain dimasak dalam campuran masakan sayuran ia juga boleh ditinkan dan sesuai dijadikan bahan campuran dalam bebola ketam, udang dan dibuat nuget.

Selain itu, En.Mat Isa juga memiliki kebun getah seluas lebih dua hektar. Pendapatan daripada kebun getah setelah dibahagi dua, dengan penoreh berjumlah RM600.00 sebulan. Pada keseluruhannya En.Mat Isa sekeluarga memperolehi pendapatan daripada aktiviti berasaskan pertanian sebanyak RM1,150.00 sebulan

Projek ekonomi desa adalah satu projek yang dapat menambahkan pendapatan kepada keluarga pekebun kecil jika ada kesungguhan dan keyakinan pada diri mereka. Kegigihan yang ditunjukkan oleh En.Mat Isa kemungkinan untuk mencapai pendapatan RM2000.00 sebulan sekeluarga akan tercapai menjelang 2010.

Posted at 05:54 pm by keperto
Make a comment  

Ad-Damiri – ahli zoologi terkenal

AD-Damiri, menurut sebuah catatan tulisan tangannya yang dikutip oleh as-Sakhawi mempunyai nama lengkap Muhammad bin Musa bin Isa Kamal ad-Din ad-Damiri. Beliau dilahirkan di Kaherah sekitar awal tahun 742H/1341M dan meninggal pada 808H/ 1405M.

Beliau berasal dari sebelah utara kota Damira berhampiran dengan Samanud. Setelah bekerja sebagai tukang jahit di tempat kelahirannya, Ad-Damiri memutuskan untuk menjadi sarjana ahli mazhab Syafie terkenal yang pernah menjadi guru dan pembimbing utama selama beberapa tahun. Bahkan, beliau juga sempat menuntut ilmu di bawah asuhan Jamal ad-Din al-Asnawi dan Ibnu al-Akil.

Di samping terkenal sebagai ahli zoologi, beliau juga mendalami bidang hukum, ilmu hadis, tafsir al-Quran dan linguistik Arab.

Setelah mendapat kepercayaan untuk mengajar dan pada masa yang sama berdakwah, Ad-Damiri lalu mengabdikan dirinya pada beberapa tempat pendidikan dan ibadat seperti al-Azhar atau Jami’ az-Zahir dan Madrasah Ibnu al-Bakari.

Beliau menunaikan ibadah haji sebanyak enam kali antara tahun 762-799H/1361H-1397M. Selama di Mekah dan Madinah, beliau mendalami ilmu dengan para sarjana di sana dan menyampaikan kuliah dengan memberikan fatwanya. Setelah mengerjakan haji buat kali keenam, beliau mengambil keputusan menetap di Kaherah hingga ke akhir hayat.

Kemasyhurannya sebagai penulis terletak pada karyanya bertajuk Hayat al-Hayawan al-Kubra iaitu sebuah ensiklopedia mengenai dunia haiwan yang terbaik pada masa itu. Ensiklopedia tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh A.S.G Jayakarta sebanyak dua jilid (London 1906-1908). Melalui karya ini, beliau menjadi terkenal di Barat dan Timur.

Buku tersebut ditulis sebagai satu pernyataan kata pengantar untuk menjelaskan kekeliruan tentang dunia haiwan. Terlebih lagi, beliau tidak hanya membataskan diri pada aspek zoologi tetapi mengetengahkan semua hal yang bersangkut dengan haiwan.

Karyanya paling menonjol adalah penelitian terhadap sejarah para khalifah yang memenuhi sepertiga bahagian daripada keseluruhan isi buku. Naskhah tersebut disusun mengikut abjad sesuai dengan huruf-huruf pertama daripada nama-nama haiwan yang bersangkutan. Isi kandungan buku tersebut termasuklah aspek filologi nama-nama haiwan, deskripsi haiwan dan sifatnya, sebutan haiwan dalam hadis serta peribahasa dan cerita rakyat.

Selain itu, ia juga berkait dengan pengubatan dan sifat-sifat haiwan serta hubungannya dengan mimpi-mimpi tentang haiwan dan takwilnya.

Selain buku Hayat al-Hayawan al-Kuhra, karya lain ad-Damiri ialah sebuah komentar tentang Sunan Ibnu Majah bertajuk Ad-Dibaj yang mengandungi lima jilid kesemuanya. Bagaimanapun, salinannya tidak sempat dihabiskan kerana beliau meninggal dunia.

Posted at 05:21 pm by keperto
Make a comment